Monday

Salam Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul)
adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. 
Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena 
kelahiran Nabi yang jatuh pada  hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah 
bersamaan dengan 20 April 571. 
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. 
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai 
satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, 
umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan 
majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w 
dengan mengadakan beberapa acara 
seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. 
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan 
dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala 
kepada mereka yang dapat mengadakan 
atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang 
yang memuliakan majlis keputeran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Salam Maulidur Rasul untuk semua……….

No comments:

Post a Comment